
WeLCoMe..
PeRHaTiaN: UnTUk MeMBeSaRKan AtaU MenGeCiLKaN TuLiSaN, teKaN CTrL PaSTu TeKan SCrOLL AtAS Ke BaWaH Ke.. I'm USiNg ReSoLuTioN 1280 x 1024 FoR GooD ViEw..
Cuti ku dah bermula..Aku banyak habiskan masa2 aku dengan melepak dirumah, tidur, buang masa.. Isk teruk betul.. Labels: Forex
Punye la penat duk study semalam..Bersungguh aku study..Ingatkan dapat ar bantu aku nanti..Aku tau subjek ni mmg susah..Tapi kalu dah usaha mesti dapat ganjaran nye kan.. Labels: Diary
Pagi2 dah bgun..study lagi sikit..Kul 2.15pm nie ada exam control..Fuhh semangat dah nak jawab exam..Ilmu penuh didada.Haha.. Rasa mcm dah cukup apa yang aku study semalam..Boleh la cover skit2..
Kul 2.00pm aku dah terpacak kat dewan besar..Ramai org amik exam hari nie..Fuhh suspen skit..
Masuk dlm aku cari meja, ready2 nak jawab exam..tulis nama kat kertas jawapan..
then bukak kertas soklan..Uih..
Boleh tahan soklan dia..agak susah gak..Xsangka tahap degree mmg susah gler..Xpe2 jgn mengelabah..tenang je jawab..Cube je buat mana aku tau..Biase la dengan keupayaan aku jawab soklan selalunye x lengkap. Tgk soklan 2, xpyh jawab..aku pilih soklan 3..ni pun susah gak..xpe..aku dah tau step dia.try jawab lagi..
Bersungguh2 jawab exam.. xtau betul ke..Tapi yang penting dah buat..Ok. 2 soklan dah siap.. tgk bahagian B plak..Aduhh.. Ape nie..Soklan 4 aku dah risau..Aku blurr..Xpham aku soklan ni..Xpe..ushar soklan 5..Ya allah..dugaan betul..susah nye..aku xpernah tgk soklan camni..Selak muka surat seterusnya, ya allah..mana aku nak pilih ni..soklan 6 yang paling2 susah..ada 2 soklan lagi aku kene pilih..soklan 4& 5..Tapi dua2 aku xreti jawab 50 mark tu.. Nak xnak aku buat sedaya upaya..apa yang aku tau je ar aku buat..
Exam habis..2 jam setengah habis..aku xmampu buat apa2 lagi.. Well puas sumpah seranah bg soklan susah..Balik je aku dgr cter yang x sedap..Ada org dah dapat soklan bocor..Dorg dah tau contoh soklan..Celake betul..Aphal dorg xbgtau aku? malahan member2 aku pun xtau..
Woaa... Ni dah pentingkan diri ni..Selfish nak mampos..Aphal dorg ni, dorg sorg je ke nak grad..
Apa salah ke kalau tolg kawan2
kalau melayu tu melayu jugak.. baru sekarang aku kenal erti kawan tu..Aku dapat nilai sape kawan sebenarnye..Bile susah, cari..bile senang buat senyap je..melayu selalu camtu ar..
Aku ingat kalau dah masuk U nie, xde ar org2 melayu camni, rupenya sama jugak..kalau melatyu tu kat mane2 pun same jer..Dia je nak grad..xleh tgk org lain lebih maju..Sial ar..
Apa aku nak buat ngan dorg2 ni..Celake betul...!
Tgh exam..Baru lepas satu paper..ada 5paper lagi menanti..Tapi...apa yang aku buat..main..lepak..tido..xstudy..Aphal ngan diri aku nie... Labels: Diary
Study week dah bermula..masa untuk study... Labels: Diary
12.00am.. Labels: Diary
tarikh ni selalu buat aku teringat.. Hari jadi aku esok... Labels: Diary
Tidur lewat aku semalam..membuang mase dengan menonton...Apa aku tgk? just unbtuk luangkan masa aku..Aku layan drama jepun bersiri..Boleh tahan la..jam 4pagi baru aku ke bilik dan tidur.. Labels: Diary
Assalamualaikum... Labels: Diary
Sekarang ni kehidupan aku dah berubah..Aku bukan lagi seorang Technicion di kilang pivot ISC..
Sekarang aku telah menyambung pelajaran aku di IPTA tempatan...Dah 3 minggu aku sambung belajar Degree di Utem - Universiti Teknikal Malaysia Melaka.Bachelor in Mechatronic Engineering..Alhamdulillah...
Tapi aku tetap xlupakan si dia..Tiap2 minggu aku akan bertandang ke ISC untuk untuk bertemu si Dia..bagi aku she was my love..Aku perlukan dia...
Aku sekarang ni agak bz sikit dengan kehidupan di kampus sebagai student..Tak banyak sangat masa..Baru lagi tapi aku dah dikelilingi dengan banyak tugasan2...Apa boleh buat..
Aku akui pembeljaran ke Ijazah ni terlalu susah..Banyak benda aku xpham dalam kuliah..Anyway i try to catch up later..
Wish me luck...
15 June 2009. Pagi2 pukul 6.00am aku dah bergerak dari rumahku di Klang menuju ke tempat keje di Balakong.. Perjalanan dalam sejam ar untuk sampai ke sana..Rasanye pagi tu tak ada apa apa yang aneh aku rasa..seperti hari hari sebelum ni jugak.. Labels: Diary
Aku pun memandu seperti biasa untuk ke tempat kerja..Tak terfikir untuk aku singgah hostel dahulu, mungkin pada agakkan aku masa tidak cukup..Dalam fikiranku hanya memikirkan si dia..
Dia yang bertakhta dalam hati ini...X sabar bertemu dengan nya..
Dalam satu selekoh yang agak tajam, pada kelajuan biasa dan jalan agak sedikit basah akibat hujan lebat sebelum ni aku meneruskan perjalan..Sedikit perasaan aneh pada tanyar kereta aku apabila ia tidak mengikut arahan ku..Malah memacu sendiri ke kanan sehingga nyaris melanggar pembahagi jalan, aku dengan pantas mengilas stering ke arah kiri untuk membalas tindakan tayar kereta ku. Tetapi kejadian yang tidak diingini berlaku apabila kereta aku berpusing dan terus menggelongsor ke tepi jalan.. Aku menghempas tembok di tepi jalan dan mengheret dalam 50 meter.
Dalam keadaan terkejut, sekelip mata aku berhenti, aku cuba keluar dari kereta, tetapi pintu kereta tersangkut. Aku matikan enjin kereta dan pantas keluar kereta melalui pintu di sebelah kiri. Aku keluar dan melihat keadaan kereta ku..
Ya All..Teruknya kereta ku.. Bukan, yang sebenarnya kereta ni milik abang aku..Rasa bersalah dalam hati apabila benda yang aku pinjam telah ku hancurkan..
Aku bingung dan hanya melihat dan termenung ke arah kereta aku di tepi jalan..Tiba2 datang seorang pakcik manaiki Perdana V6 menegur ku..
Pakcik: Baru Accident ke?
Aku: A'ah pakcik..Ntah kenapa tibe2 kereta saya berpusing.
Pakcik: Kamu x apa apa ke?
Aku: Saya Ok pakcik.Cume kereta ar hancur.
Pak Cik: Erm..Xpe yang penting kamu x apa apa. Kereta ada insurans kan..
Aku: Memang ada..
Pak Cik: Saya nampak kamu accident tadi, nasib baik kamu x apa2..
Aku: Ooo..
Pak Cik: Oklah pakcik gerak dulu..
Aku: ...
Sekurang2nya teguran tu menyedarkan keadaan aku alami sekarang..Aku xtahu apa perlu aku lakukan pada saat itu..Cuma menunggu dan menelefon abg aku untuk memberitahu keadaan sebenar..
Selepas bertelefon, datang sebiji motorsikal peronda.. (BESRonda). Merekalah yang menolong aku dengan mamanggil kereta tarik...
Teruknya kereta aku..Setelah sejam aku berjaya menarik kereta ku ke bengkel..
Agak2 berapa kos anggaran repair ni bang??
Dalam Rm5 ribu lebih la dik...
Hah????!!!
Now all not same anymore... Labels: Diary
Sis? No more..Now all already change..Now she was not my sis anymore.The status was changed..She was my love now..
Some confusing to my heart in first time when i told myseld that i already fall in love with someone that i call her sis.. One day i cannot hold anymore when i really has to said that i fall in love..
Tell him the truth..Just want her to know my heart, i didn't ask anything..Even her love..Just want her know my heart..
She just said that she was not surprise...Maybe she know from someone else before..Actually all of this come by theirself..I don't how this can be happen..It just like that..Its come to me and i told her i want her..That's all...
Love is not a simple story..It was related with two side..But we are still new with this..Better for me and her to know each other well before go to next stages...
Am i Right??
Rasa hepi jugak hidup aku sekarang.... Labels: Diary
Hari-hari bangun pergi kerja..Seminggu kerja siang..Seminggu kerja malam...
Penat?
-Itu mmg dah tentu..
Tekanan?
-Sudah pasti
Sakit hati?
-Selalu sangat
Nak berhenti kerja?
-Maybe..Tapi..
Erm..Aku sayang nak tinggalkan kerja aku sekarang..hanya kerana satu sebab...(Dia)
Erm...Kalau aku pergi, apa akan jadi...
Kalau aku xde, sape nak jaga dia...
Bersalah?
Yes of coz..Tapi...
Susah buat keputusan?
Betul...Aku serba salah..
Hepi tapi xhepi?
Yup..
Macam Mana tu?
Ada certain thing buat aku rasa terlalu hepi...(Bila ada dia)
Ada certain thing jugak aku rasa benci dan sakit hati bila ada sesuatu yang berlaku..
Politik kotor...
Sape Dia?
....Someone that always makes me hepy..Just that..
Apa yang buat untuk aku suka pergi kerja?
Because of her...
Who is her in your heart?
My sis...just that...I don't know...
Just that for now...
Confusing.....
Wow..Apa dah jadi pada aku nie..Aku macam dapat hidup baru ke.. Labels: Diary
Cinta??
No..No..No..
Tak mungkin aku nak jatuh cinta lagi..
Past is past OK. lagi pun bagi aku sekarang cinta tu tak penting la..Aku sekarang dapat kasih sayang yang lebih bermakna dari sebuah cinta tu sendiri..
Agak lama jugak bila aku ada krisis pada percintaan nie..Well tu dulu..Nie aku yang sekarang..Aku dah berubah..Hati aku dah tidak ada dia lagi..Aku dah buang jauh2...
Now I'm a new man..
Baru-baru nie aku dah rapat dengan seorang kakak..Yess..Seriusly dia kakak aku.. Well, aku rasa dia just be nice to me..Aku pun selesa dengan dia..U know, i don't have any sister..
So aku just boleh rapat dengan dia..
Baru-baru nie dia buat aku rasa heppy sgt..Padahal hal2 kecik jer..
Bagi aku yang penting aku rasa heppy dah cukup la..Apa guna bercouple kalau hati sakit jer...
No More couple..After this kalau suke pada sesiapa, khawin jer..Buat apa couple2 nie..buang masa jer..
Aku tetapkan pendirian aku macam nie jer..
So my routine right now just go work, hang around with my sister, sms ker..Tu jer...
Futher study? Later...
Sebahagian dari SMS tersebut.. Labels: Diary
"Salam"
"Waalaikumsalam.."
"Apa Khabar?"
"Baik abg, alhamdulillah.."
"Keje ke?"
"A'ah keje nie"
"Sok keje ke.."
"Sok balik kampung la..Ada kenduri.Nape?"
"Xpe la.Abg pun keje malam nie"
"Abg da masuk shift ke?"
"Dah 3 minggu abg masuk shift.Abg ada bgtau ***.*** je yg xnak amik tau agaknye"
"Em, yeke?Time 2 *** tau abg akan keje shift.Tapi xtau bile start.."
"Nape dh lama xmsj abg.Abg msj pun xbalas"
"Kredit abis.gaji dah habis.2 yg terkandas topup"
"Nape? *** benci pada abg ke??"
"Xla. Watpe benci kat abg. Abg xwat pape pun"
"*** syg abg??"
"Em.syg..Tapi.."
"Tapi apa? berterus terang je la. Xperlu tipu diri sendiri"
"Tapi kita mungkin xkan bersama. *** terhutang budi teramat sgt ngan abg. Abg terlalu baik untuk ***.Tapi *** buat abg kecawa marah dll"
"Salah ke abg buat baik?"
"Xla..Xsalah.Tapi *** yang salah"
"Abis tu..Nak abg buat jahat ke"
"Bukan macam tu..Abg baik tapi *** yang jahat. buat abg kecewa marah..*** xtau semenjak habis blajar ati *** jadi kosong.."
"*** berterus terang je la..Pk masak2 apa yang *** nak dalam perhubungan kita nie. Xperlu tipu diri sendiri..Sedangkan hati *** memang dah kosong.."
Semuanya terhenti di situ sahaja..balas ar..Bile nak selesai masalah kalau macam nie...
Buat baik pun salah.. Alasan ntah pape..Aku xboleh terima ar...!!!
JLBM 2009 #2 : Berita Tergempar
Labels: JLBM 2009
Aksi ngeri sebelum seorang Metador
yang agak
berani menerima kilasan dari seekor lembu yang
sepatutnya menjadi sasarannya.
Sepanyol 22Feb. -Seluruh penduduk Sepanyol tergempar apabila menerima khabar berita mengatakan seorang Metador menjadi sasaran lembunya sendiri di dalam aksi yang cukup mengerikan. Kejadian tersebut berlaku di tengah-tengah padang sasar tempat Metador tersebut bersama lembunya beraksi. Kejadian ini disaksikan beribu-ribu penonton yang tergamam pada aksi yang ditunjukkan oleh lembu itu.
Pada awalnya lembu itu tidak menunjukkan sebarang aktiviti agresif cuma berlari-lari dari timur ke barat. Di katakan , Metador tersebut dapat mengawal sepenuhnya pergerakan lembu itu tanpa melakukan sebarang kesilapan.
Setelah 15 minit berulang alik, lembu tersebut mula menunjukkan tindakan yang lebih agresif apabila mula menuju lebih laju ke arah Metador. Seperti sebelum ini, Metador itu tetap nampak yakin sambil mengibar-ngibarkan kain merah jambu yang berada di tangannya. Malang tidak berbau apabila lembu tersebut tidak seperti selalunya. Ia tidak menembusi kain merah jambu tersebut tetapi ia berhenti secara drastik dan melompat ke arah Metador. Aksi yang luar biasa kian menjadi lebih pelik apabila lembu itu berpusing ke arah Metador seperti membuat pertunjukan menarik kepada para penonton.
Sejurus selepas itu, terjadi perkara ngeri yang tidak diingini. Lembu itu telah menghempap badan Metador tersebut tanpa sebarang belas kasihan. Di laporkan Metador itu kini dalam keadaan stabil tetapi masih diawasi di wad ICU.
Lembu itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas adegan itu. Dilaporkan lembu itu kian tenang selepas kejadian ini.
Lembu tersebut telah dikuarantin dan ditahan oleh pihak berkuasa untuk tujuan tindakan selanjutnya. Lembu itu disyaki telah disuntik dadah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membuatkan lembu itu menjadi terlalu agresif dengan membuat aksi yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun di muka bumi ini. Perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Pihak Olimpik juga telah mengesahkan kejadian ini. Mereka telah mengambil sampel darah lembu tersebut malah mereka telah menyatakan hasrat untuk mengambil lembu itu untuk tujuan risikan. Mereka berharap dapat mengetengahkan bakat yang terdapat dalam lembu itu.
JLBM 2009 #1 : Blog yang aku suka & Blog yang aku tidak suka
Assalamualaikum.. Labels: JLBM 2009
Tepanggil di dalam hati kecil ini untuk menyertai sekali lagi JomLayan Blogger mania musim ke-3. Walaupun tidak ada rezeki untuk aku pada musim ke dua disertakan dengan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, apa pun yang lepas telah berlalu. Lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk akan datang.
Secara jujurnya, 14 jam sebelum tarikh tutup serahan tugas aku baru membaca tajuk tugasan. Agak sibuk dengan kehidupan seharian ini.Apa pun, masih ada masa untuk aku menyiapkan tugasan yang diberikan.Tugasan yang diberikan harus diselesaikan.Itulah kehidupan.
Blog yang aku suka.....
Pertama sekali ingin aku nyatakan di sini blog yang paling aku suka dan sering aku kunjungi adalah blog aku sendiri. Pada pendapat aku, blog aku adalah blog yang amat menarik hati aku sendiri, kerana aku hiasinya dengan perkara-perkara yang aku suka. Kadang kala, bagi aku blog aku adalah teman aku.Ia juga menjadi tempat luahan perasaan aku dikala aku sedang bergembira mahupun bersedih. Aku akan berasa lega dan puas selepas meluahkan semua perasaan aku pada blog aku.
Diari aku, kesukaan aku, Manchester United dan kesemuanya mengenai aku ada di dalam blog aku sendiri.Jika bukan aku sendiri menyukai blog aku, siapa lagi yang ingin aku harapkan? Benar bukan. Biarlah hanya aku sendiri menyelami perasan aku sendiri melalui blog aku.
Blog kedua yang sering aku kunjungi adalah blog abang kandung aku. Erm, mungkin kamu semua akan berfikir aku gemar mengunjunginya kerana dia adalah abang aku. Tidak semata-mata kerana itu. Aku gemar membaca coretan dalam blog dia kerana kadang-kadang ianya mengajar aku bagaimana untuk berfikir secara lebih rasional dalam kehidupan. Sebabkan, dalam fikiran kita ada percanggahan dengan emosi. Adakah benar kita menurut emosi atau rasionalkah kita? Itu sering menjadi persoalan dalam fikiran aku.
Walaupun dia adalah Naib Juara JLBM 2008, itu tidak mempengaruhi fikiran aku sama sekali. Jika blog itu dapat menambah ilmu pengetahuan itu dah cukup bagi aku.
Diari seseorang yang dinyatakan dalam blog juga kadang kala mengajar kita erti kehidupan ini yang sebenarnya. Selalunya apa yang dialami oleh orang lain akan dialami oleh diri sendiri juga. Aku minat pada blog yang menyatakan perkara yang terjadi pada mereka seharian.Seperti juga apa yang dinyatakan dalam blog aku. Kehidapan Vs Aku.Bagaimana aku melawan onak dalam kehidupan kita ini.
Pada asasnya aku mengemari sesuatu blog itu adalah kerana kekuatan isi didalam coretan tersebut. Hiasan blog adalah perkara kedua. Susunan ayat yang betul dan mudah difahami dah cukup. Tetapi hiasan yang terlalu banyak atau disebut "link" kadang kala membuatkan fikiran menjadi kusut. Ringkas dan cantik dah cukup, tidak perlu diletakkan terlalu banyak hiasan sehingga menyukarkan pembaca blog lain berasa rimas dan tidak selesa.
Blog yang aku tidak suka......
Kebanyakkan blog yang aku kunjungi, mereka sering menggunakan bahasa yang terlalu singkat sehingga kadang-kala sukar untuk aku memahami coretan yang ingin disampaikan. Itu bermakna kekuatan sesuatu isi cerita itu tidak sampai kepada pembaca. Itu yang membuatkan aku tidak suka untuk membaca coretan sebegitu.
Mungkin itu hak mereka untuk menulis sebegitu, cuma pada pendapat aku memang tidak sesuai jika menulis sesuatu coretan dalam blog menggunakan ayat-ayat yang terlalu ringkas sehinggakan aku merasa meluat untuk meneruskan pembacaan.
Ada juga yang menggunakan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah. Itu boleh dan dibenarkan, tetapi aku memang tidak suka jika sesuatu blog itu disertakan dengan ayat-ayat yang lucah ataupun mencarut. Benar mereka ingin menunjukkan kemarahan, tetapi begitukah amalan kita? Blog ini bukanlah satu "medium" untuk kita meluahkan perasaan amarah dengan perkataan yang tidak elok.
Bagi aku isi kandungan sesuatu blog amatlah penting sekali. Isi dalam coretan mereka yang menunjukkan kekuatan sesuatu blog tersebut. Itu yang membuatkan pembaca akan terus meneruskan pembacaan ataupun berhenti setakat itu sahaja. Semuanya terpulang kepada blogger dan pembaca itu sendiri.
Previous Posts
LiNK KaWaN-KaWaN
~YuLi~
~FiR~
~Fiz~
~Pink~
~JaJa~
~BiSKuTZ~
~FySaL~
~Tic~
~Inazlina~
~jejerZ~
~katarsis~
~FiQ~
~Data~
~tempe~
~Lemon or Muchacha~
~Kantois~
~Sweet Gurlz~
~AbAnG AkU~
LINKS
Ni LiNK FRieNDsTeR AkU.
GloRy-GloRy MaN UtD..
GeRMaN MaLaYSiaN InSTiTuTe
ThAnX AnDa AdaLaH OrG Yg Ke..
Ni LinK UnTuK Ke JoM LaYan..
Aku OnLiNe YM??
Ehh..BaPe OraNg OnLiNe Nie??